Home Berita PAS Selangor

Inisiatif memupuk semangat anak-anak PASTI dalam mempertahankan bumi Aqsa – PASTI Hulu Langat

88
SHARE

May be an image of 6 people, people standing, people sitting and text that says "A MALAYSIA 一 PALESTINE KEMPEN #AID4PALESTINE ANAK PASTI SAHUT SERUAN MU WAHAI AQSA RM1.00 X 100,000 MURID PASTI 7. Menaikkan bendera Palestin di seluruh premis PASTI. Menerapkan pengetahuan am kepada anak-anak murid tentang Masjid Aqsa, Gaza dan bumi Palestin serta kejahatan Zionls Isra-el. 3. Menggalakkan anak-anak PASTI menyumbang RM1.00 sahaja setiap seorang. Diterbitkan oleh PASTI MALAYSIA"

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Segalanya bermula dari tindakan tak masuk akal dan kejam Israel untuk merampas tanah milik umat Islam Palestin di Syeikh Jarrah. Mereka menghalau keluar kira-kira 500 penduduk asal Palestin yang sudah berpuluh malah ratusan tahun menetap di sana sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

Tak cukup dengan itu, umat Islam yang sedang beribadat pada hari-hari terakhir Ramadan ini di Masjidil Aqsa juga turut diserang. Dan kini, bumi Gaza pula sedang menjadi sasaran.Puluhan telah syahid, ratusan cedera parah. Kediaman juga habis musnah. Ribuan penduduk Palestin kini hilang harta dan tempat berteduh. Entah sampai bila semua ini akan berakhir.

Sebagai umat Islam, wajar kita bersedih di atas apa yang telah menimpa saudara-saudara kita di bumi Isra’ Mikraj itu. Atas dasar tanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan bumi Palestin dari terus ditindas Israel kita umat islam harus bangkit dan berjuang bersama dengan cara sendiri. Oleh Itu, marilah sama-sama kita berjuang dengan menyumbang bagi mempermudahkan saudara kita di sana.

Dengan inisiatif Kempen Aid4Palestin lebih mudah untuk kita untuk menyahut seruan jihad di Palestin. Mahupun anak-anak PASTI turut bersama-sama bersemangat dalam mempertahankan bumi Al-Aqsa.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor