Home Berita PAS Melaka

PKRC MITC mula terima pesakit Jumaat ini – KM Melaka

207
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 20 Mei : Pusat Kuarantin dan Rawatan Kes Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC) di MITC Melaka dijangka menerima pesakit seawal hari Jumaat, 21 Mei ini.

Menurut Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama (Dr) Sulaiman Md Ali keputusan untuk membuka PKRC ini telah dibuat dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka.

Tambah beliau, PKRC ini mampu memuatkan sehingga 1,500 pesakit lelaki dan wanita bagi Kategori 1 dan 2 (Kategori Ringan).

“Jumlah petugas di PKRC MITC seramai 500 termasuk 200 petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lain-lain agensi frontliners,” ujar beliau.

Ketua Menteri Melaka itu berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau selepas mengadakan lawatan ke pusat ini petang semalam.

Turut hadir di dalam lawatan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, YB Datuk Rahmad Mariman, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, YB Datuk Muhammad Jailani Khamis, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Ismail Ali dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Mohd Nasrul Menhat.

Kredit foto : Facebook Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama (Dr) Sulaiman Md Ali

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .