Home Berita PAS Johor

Covid-19 Johor | PRN Johor boleh diteruskan – Khairy Jamaluddin

80
SHARE
Ihsan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh Nazirul Munir

Simpang Renggam : Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih longgar berbanding PRN Sarawak dan Melaka sebelum ini.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin sewaktu menyaksikan majlis menandatangani pemetraian kerjasama promosi kesihatan antara Wellness Hub Kementerian Kesihatan Malaysia dan rakan strategi di Port Dickson semalam.

“Sekarang kita benarkan PRN. KKM telah buat kajian dari segi kesan Omicron terhadap kesihatan awam dari segi liputan vaksinasi kita.

“Bila kita tengok kepada kedua ini, kita masih lagi yakin bahawa PRN boleh dilaksanakan,” ujar beliau.

Kes positif harian Covid-19 Negeri Johor hari ini mencatatkan pada jumlah 2,419 kes berbanding 3,238 kes semalam dengan Daerah Johor Bahru mencatatkan 913 kes, diikuti Batu Pahat (400) dan Segamat (227).

Laporan seluruh negara

Sementara itu, kes baharu yang dicatatkan di seluruh negara adalah sebanyak 21,072 kes menurut laporan yang di keluarkan oleh Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian itu sebentar tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah menyatakan dalam hantaran Facebook beliau sebanyak 86 merupakan kes berkategori 3,4 dan 5. Manakala 20,986 pula merupakan kes berkategori 1 dan 2.

Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 5,350 kes, diikuti Sabah (3,891), Johor (2,419), Kedah (1,841), Pulau Pinang (1,566), Kelantan (1,208), Pahang (1,099), Kuala Lumpur (1,001), Negeri Sembilan (983).

Perak pula merekodkan 444 kes, Melak (429), Terengganu (297), Sarawak (201), Perlis (129), Labuan (109) sementara Putrajaya pula merekodkan 105 kes baharu.