Home Berita PAS Negeri Sembilan

Program Mesra Medsos PAS Kawasan Port Dickson

153
SHARE

Oleh UMMU FIDA’

PORT DICKSON,13 Feb : Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Kawasan Port Dickson (LPMBPD) telah menganjurkan Bengkel Mesra Medsos untuk ahli PAS kawasan di sini, hari ini.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman serta pengalaman baru bagi ahli yang berminat dalam bidang penulisan serta pembuatan video untuk sebaran di media sosial.

Program yang diadakan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) PD ini telah  dihadiri seramai 24 orang.

Sesi pembentangan dibahagikan kepada dua slot iaitu slot untuk pembuatan video dan slot penulisan akhbar Harakah dan Berita PAS Pusat (CPP).

Slot pembuatan video yang diadakan pada sesi pagi telah dibimbing oleh mantan Ahli Jawatankuasa ( AJK) Penerangan PAS Pusat, Haznizul Ahamad Syukery manakala slot penulisan telah diadakan pada sesi petang dan dibimbing oleh pembimbing jemputan, Ketua Wartawan Rakyat, Berita PAS Pusat (CPP) Negeri Sembilan, Rusilah Md Som.

Naib Yang DiPertua PAS kawasan PD, Ustaz Rafidzi Shaari dalam ucapan aluannya berkata, “Peluang yang diberikan ini diharapkan dapat digunakan sebaiknya oleh peserta bengkel agar dapat dipraktikkan di dalam gerak kerja jemaah khususnya dalam penyebaran berita dan pengiklanan di media sosial”.

Peserta juga telah diberi peluang secara individu untuk mempraktikkan ilmu pembuatan video serta penulisan berita dalam sesi bengkel program.

Program penutup telah dilaksanakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan PD, Ustaz Abdul Fattah Zakaria dengan sedikit ucapan dan penyampaian sijil penghargaan kepada peserta yang hadir.