Home Berita PAS Melaka

Coretan PJ PAS Melaka | Si Kitol dalam politik Malaysia

273
SHARE

Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511M.

Lumrah mana-mana kerajaan di dunia ini tidak akan kekal selamanya kerana kerajaan itu milik Allah SWT. Ia akan berlaku mengikut kehendak-Nya.

Allah berfirman, surah Al- Imran ayat 26 :

قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك
من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء… الخ

Maksudnya: “Katakanlah wahai Muhammad, kerajaan itu milik Allah. Dia berikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah jua yang menjatuhkannya daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya.”

Walau bagaimanapun kita diperintahkan mengambil iktibar di atas apa yang berlaku itu.

Antara punca kejatuhan Melaka ketika itu ada hubung kait dengan seorang bernama Si Kitol. Seorang yang kehidupannya agak susah dan banyak berhutang dengan orang kaya bernama Raja Mendeliar.

Ringkas cerita, Si Kitol menggunakan formula fitnah dan mengapi-apikan Raja Mendeliar dengan Tun Mutahir sehingga hutangnya dilupuskan oleh Raja Mendeliar.

Ringkas kisah, kesan fitnah tersebut berlarutan sehingga ke istana dan Sultan Mahmud Shah telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Ali dan isterinya Tun Fatimah.

Perkara ini menjadi fitnah terbesar dalam sistem pemerintah baginda yang melemahkan kerajaan.

Portugis mengambil kesempatan ini untuk menyerang Melaka yang sedang menghadapi krisis dalaman ini. Akhirnya Melaka tumbang, terus terjajah dek kerana bangsa sendiri.

‘Politik Si Kitol’ mutakhir ini menjelma kembali dalam politik negara kita. Usaha memfitnah dan mengapi-apikan rakyat berjalan saban hari.

Isu SOP, ekonomi gagal, kerajaan tak bantu rakyat, darurat menyusahkan, Parlimen tak bersidang, bantuan tak cukup, Covid-19 tak selesai dan macam-macam lagi dimainkan.

Kekadang benda yang diketengahkan itu tak betul pun, yang penting bagi mereka kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu Islam ini tumbang.

‘Si Kitol politik’ ini aktif tidak kira masa dan ketika. Walau pun negara sedang berdepan situasi getir.

Masing-masing nak tunjuk simpati nasib rakyat marhaen tanpa mengambil tanggungjawab bersama pertahankan negara dalam masa-masa kritikal.

Persoalan saya, apa yang kamu untung jadi ‘Si Kitol politik’ tu?

Hadith riwayat Anas RA :

الفتنة نائمة لعن الله من ايقظها

Maksudnya : “Fitnah itu tidur, Allah SWT melaknati akan orang yang menyebarkannya”

Coretan dinihari :-

DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka
28 JUN 2021 | ISNIN | 9.22 PM