Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PEMULIH : Bantu ringan beban rakyat

60
SHARE


Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PEMULIH: BANTU RINGAN BEBAN RAKYAT

Pakej rangsangan ekonomi yang kelapan telah diumumkan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri sebentar tadi. Peruntukan sebanyak RM150 bilion diberikan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini meletakkan tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi.

Saya merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa cakna tentang keresahan rakyat khususnya bagi golongan miskin tegar, para peniaga kecil-kecilan dan golongan yang berpendapatan harian. Turut tidak ketinggalan golongan M40, T20 dan usahawan mikro juga diberikan bantuan seperti moratorium, i-Citra dan penangguhan pinjaman Pendidikan buat anak muda.

Dengan keseluruhan lapan bantuan pakej-pakej rangsangan ekonomi ini diharapkan dapat mengurangkan bebanan yang dipikul oleh rakyat dalam mengharungi COVID-19.

PAS menyeru semua pihak bekerjasama menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam usaha menangani pandemik dengan berkesan. Dengan kerjasama pemimpin dan rakyat, kita mampu mencapai kadar vaksinasi yang tinggi hujung tahun 2021 ini. Insya-Allah.

PAS percaya dengan tindakan kerajaan berbelanja dan membantu rakyat ini akan semakin luas keberkatan yang bakal diperoleh dengan izin Allah SWT. Rakyat hidup bersatu hati, negara sejahtera dan diberkati.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
28 Jun 2021 | 17 Zulkaedah 1442