Home Artikel PAS Melaka

CIKGU NORESAH – BUDIMU DIKENANG, JASAMU DIJULANG

804
SHARE
Cikgu Noresah tidak dapat menahan sebak ketika memeluk rakan PASTInya Cikgu Manisah
Cikgu Noresah ketika menyampaikan ucapan
Gambar kenangan keluarga PASTI Ar Raudhah

Oleh : Abu Anas

JASIN : “Jauh dilubuk hati untuk tidak meninggalkan arena pendidikan ini tetapi atas faktor kesihatan saya memilih untuk menamatkan perkhidmatan sebagai guru PASTI pada umur 58 tahun.

“Banyak kenangan pahit dan manis dalam mendidik anak anak ini, itulah lumrah sebagai seorang pendidik”

Guru PASTI paling lama berkhidmat di Melaka   Cikgu Noresah Hassan berkata demikian ketika berucap di majlis meraikan persaraan beliau dan Majlis Hari Kecemerlangan PASTI Ar Raudhah Umbai kelmarin.

Kerjayanya  sebagai pendidik  bermula pada tahun 1981 di Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) sebelum dijenamakan semula sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) pada tahun 1990  yang beroperasi di Surau Tuan Guru Hj Husin sehingga kini.

Sepanjang 38 tahun menabur jasa, Cikgu Noresah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Negeri Melaka pada tahun 2013, anugerah disampaikan oleh Presiden PAS DAtuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Selain itu, beliau juga menerima  Anugerah Guru Cemerlang Kawasan Jasin dan menerima tajaan pakej Umrah daripada PASTI Negeri Melaka pada tahun 2018.

Sementara itu, Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Jasin Abdul Alim Shafie dalam ucapan perasmian berkata kerjaya sebagai guru adalah mulia di sisi Islam dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Kepada guru-guru saya mengucapkan terima kasih dan kagum, dapat bersabar dengan elaun yang begitu rendah, tetapi percayalah sumbangan dan jasa ini adalah kebaikan yang sangat besar.

“Bayangkanlah 38 tahun mendidik dan pelajar silih berganti, mereka  mengamalkan hasil tunjuk ajar dan kebaikan yang guru berikan betapa banyaknya pahala yang diterima berganda-ganda.” ujar Abdul Alim.

Pada tahun ini PASTI Ar Raudhah mencatatkan Adik Ahmad Fatih Ahmad Bilal dinobatkan sebagai pelajar terbaik untuk kelas 5 tahun dan Adik Putri Muslimah Mohd Hamdy merupakan pelajar terbaik kelas 6 tahun.

Adik Putri Muslimah juga telah dinobatkan naib  juara kategori hafazan di Alam RIa PASTI Malaysia yang lalu.

Hadiah dan cenderamata disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Abdul Alim Shafie.

Turut hadir  Pengarah PASTI Kawasan Jasin Ustaz Mohd Hatta Abu Bakar serta alumnai-alumnai PASTI Ar-Raudhah.

Untuk rekod, PASTI Ar Raudhah adalah PASTI yang pertama telah ditubuhkan  dan kini telah mencecah lebih 70 buah PASTI di seluruh Melaka.