Home Artikel PAS Sabah

Rumah warga emas terbakar

313
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin
Tarikh: 18 Nov 2019

PAPAR : Sebuah rumah warga emas terbakar kira-kira pukul 11.30 pagi tadi di Kg. Kelanahan Papar.

Ketika kejadian berlaku Hj. Ramli Hj Harun yang merupakan pemilik rumah berada di rumahnya seorang diri.

Pihak bomba sempat memadam api daripada merebak keseluruh rumah dan hanya sebahagian rumah dijilat api.

Yang Dipertua PAS Kawasan Papar Abd Salim Karim dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Papar Hendri Hamsah turun ke tempat kejadian menziarah mangsa kebakaran.

“Syukur alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku semasa kejadian, semoga mangsa kebakaran tabah atas musibah yang berlaku”, kata Abd Salim Karim.

“Kita perlu cakna akan persekitaran kita dan sama-sama memberi bantuan sekiranya berlaku sebarang musibah seperti ini.” Kata Hendri Hamsah.

Syabas atas kecekapan pihak bomba dalam memastikan api tidak merebak ke seluruh rumah dan terima kasih kepada penduduk kampung yang membantu mangsa, ujarnya lagi.