Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah! Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Tembusi Pasaran Antarabangsa

339
SHARE

Tahniah! Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Tembusi Pasaran Antarabangsa

Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Malaysia berasa kagum dan bangga dengan pencapaian Les’ Copaque serta seluruh kru yang mampu membawa industri Malaysia ke tahap antarabangsa setelah memenangi Anugerah Golden Wing bagi kategori Animasi Terbaik di China pada acara Animation Game Industry Annual Conference & Anime Beijing Awards.

Terdahulu, filem ini tersenarai antara 32 calon kategori Filem Animasi terbaik bagi pencalonan Oscars 2020 yang bakal bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2. Karya yang tercalon pada Anugerah Akademi ke-92 ini akan diumum pada Januari 2020.

Intro picit limau pada keris semasa babak lawan Raja Bersiong, memukau para penonton dan membawa kepada sejarah daerah Merlimau, Melaka.

Bukan itu sahaja, filem si kembar yang tidak banyak buang masa dengan babak tidak penting berjaya menggabungkan beberapa kisah klasik Melayu seperti Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang, Ikan Todak, dan banyak lagi cerita rakyat dari nusantara termasuk cerita rakyat Brunei “Nakhoda Ragam dan Puteri Lela Menchanai” pun ada.

Menarik lagi, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini juga memberikan tumpuan kepada prinsip kemanusiaan. Secara tidak langsung, ini dapat menyumbang kepada definisi filem berunsur Islam dengan memaparkan bagaimana prinsip kemanusiaan wujud pada watak-watak Upin Ipin dalam filem itu.

Mardhiah Hayati Zolkeplai
Pengerusi Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi
Dewan Muslimat PAS Malaysia
18 November 2019 | 21 Rabiulawal 1441