Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Sokong World Quran Hour

192 views
SHARE

24 Mei, Subang Perdana : Seramai lebih kurang 100 jemaah muslimat telah berkumpul dalam Majlis Pra-Pelancaran World #QuranHour anjuran Lajnah Pendidikan dan Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama Karangkraf di Masjid Taman Subang Perdana pagi ini.

Majlis dimulai dengan Solat Tasbih yang diimami oleh Ketua DMPM, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, dan kemudian diteruskan dengan pengisian tentang ibrah daripada Surah Al-Kahfi bertajuk, ‘4 Cabaran dan 4 Solusi’.

Muslimat PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya bagi yang beragama Islam agar menyambut dan menyokong program tahunan World #QuranHour sebagai usaha kita untuk mengajak orang ramai bagi mendekati dan mentadabbur Al-Quran.

Tema Surah Al-Kahfi pada tahun ini bertepatan dengan realiti umat akhir zaman yang semakin banyak cabaran dan dugaan sama ada daripada dalam diri, mahupun mengikut faktor luaran dan persekitaran.

“Dalam dunia yang penuh mencabar ini, kita sudah tidak ada pilihan lain kecuali menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam kehidupan seharian, sebagaimana Rasulullah SAW terdahulu telah menjadikannya sebagai ‘dustur’ yakni perlembagaan”, tegas Ustazah Nuridah.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang mengetuk jiwa halus ibu oleh Ustaz Cep Ma’mun daripada Rumah Ngaji.