Home Berita PAS Kedah

Catatan program Qurban PASRelief di Azad Jammu Kashmir

182
SHARE

OLEH: AKHILAH ISMAIL

LAHORE :  16 JUL – Kashmir yang digelar “Syurga di Dunia” kerana keindahan pemandangan dan lanskap alamnya.

Namun keindahannya tidak mampu menutup kisah penderitan warga Kashmir yang dizalimi, dibunuh dan diseksa dalam tahanan ketika konflik berlaku pada tahun 1947-1948.

Pada hari hari terakhir tahun 1948, satu genjatan senjata telah dipersetujui di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB). Pungutan suara rakyat kashmir yang dicadangkan oleh PBB tidak pernah dijalankan kerana bantahan daripada India.

Hubungan yang buruk antara India dan Pakistan telah membawa kepada peperangan.

Pada tahun 1947, 1965 dan 1999. Dengan akhirnya India menguasai Jammu Kashmir, manakala Pakistan menguasai hanya satu pertiga daripada rantau itu, iaitu kawasan utara yang dinamakan Azad Jammu Kashmir.

Pada Isnin 11 Julai lalu, delegasi PASRelief berlepas  menaiki pesawat selama enam jam dari Kuala Lumpur ke Islamabad. Kemudian di sambung pula dengan kenderaan darat menyelusuri lereng-lereng bukit hinggalah tiba di pinggiran bandar Rawalakot sekitar jam 3.30 pagi., lokasi dimana program Qurban akan diadakan.

Delegasi diketuai Ustaz Musoddak Hj Ahmad  yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merangkap Ahli Jawatankuasa PASRelief Malaysia, turut disertai Norhafiza binti Fadzil (Setiausaha PASRelief), YB Dato Ustazah Ashah Hj Ghazali (Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah), YB Mohd Radhi Mat Amin Ahli (ADUN Pedu) dan beberapa sukarelawan PASRelief.

Program Qurban dengan kerjasama Al Khidmat Foundation Pakistan ini memilih perkampungan Char yang majoriti penduduknya miskin dan mundur, untuk menyembelih sebanyak 20 ekor lembu dan 2 ekor kambing, hasil penyertaan individu daripada seluruh negara melalui PASRelief.

Daging Qurban kemudiannya ditimbang sebanyak dua kilogram untuk satu pek seterusnya diedarkan kepada penduduk sekitar yang menunggu sejak awal pagi.

Menariknya, program ini turut mendapat liputan media tempatan kerana amat jarang NGO atau organisasi luar Pakistan yang melaksanakan program seumpama di sana.