Home Berita PAS Melaka

Catatan dinihari PJ PAS Melaka | Politik gunting dalam lipatan 

158
SHARE

Isnin | 12.30 am | 12 Jul ’21 | 2 Zulhijjah 1442

ORANG berpolitik ada pelbagai ragam dan watak untuk cipta nama atau hadapi musuh. Bermacam-macam strategi perlu digunakan. Ini boleh kita anggap lumrah dalam dunia politik.

Walau bagaimanapun ada teknikal politik yang hodoh iaitu ‘politik gunting dalam lipatan’ lebih kurang macam ‘politik tikam belakang’. Cara ini memang wujud dalam seni politik kotor. Tetapi ramai juga suka amalkan sebab datangnya daripada jiwa yang kotor.

Islam memandang keji perbuatan tersebut kerana boleh membunuh rakan sendiri dan melambangkan ketidakikhlasan dalam berkawan. Biar musuh tikam kita, jangan rakan tikam kita, terlalu sakit kita hadapi.

Tapi apakan daya, manusia tidak boleh lihat kejayaan orang lain. Seperti mana sabda Nabi saw.:

كل نعمة محسود
Maksudnya : Setiap nikmat itu ada yang hasad.

Politik Malaysia sifatnya rencam. Kepelbagaian parti politik mutakhir ini bergabung antara satu dengan yang lain. Walaupun ada meterai perjanjian persefahaman tetapi ‘ tembak menembak’ tetap berlaku kerana masing-masing nak naikkan produk sendiri.

Tidak cukup dengan itu, senyap-senyap guna senjata musuh untuk tembak rakan dari belakang.

Akhirnya kawan yang baik dianggap jahat, yang buat jahat dikatakan baik. Itulah kemuncak politik gunting dalam lipatan.

Tetapi ‘player’ politik Islam tetap teguh hadapi semua ini kerana asas perjuangannya kukuh berakarkan tauhid bersendikan syariat.

DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka