Home Berita PAS Wilayah

PAS Bandar Tun Razak bantu penduduk setempat

19
SHARE
Seluruh jentera PAS Bandar Tun Razak bersama menjayakan kempen sumbangan Tabung Bencana Covid PAS Pusat
Tak pernah minta dipuji apatah lagi ketika diperli lawan, PAS Bandar Tun Razak (BTR) terus bergerak membantu golongan terkesan pandemik Covid.
Hal ini dapat dilihat apabila seluruh jentera PAS BTR mengembleng tenaga membantu mereka yang terkesan menerusi misi sumbangan Tabung Bencana Covid (TBC) PAS Pusat yang telah dilancarkan bermula 1Jun lagi.
Menerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) BTR seluruh jentera dari peringkat pimpinan kawasan, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan ahli cawangan turut bersama menjayakan sumbangan TBC ini. Sepanjang misi sumbangan TBC di peringkat BTR dibuat lebih 100 buah keluarga telah dibantu.
Bahkan, melalui TBC PAS BTR, turut diraikan adalah para petugas barisan hadapan. Semalam LKKP BTR beserta pimpinan PAS kawasan turun menyampaikan sumbangan 100 pek makanan kepada para barisan hadapan yang bertugas di PKPD Taman Ikan Emas dan PKPD Flat Sri Sabah.
Segala gerak kerja sumbangan TBC ini dapat dijayakan kerana hasil sumbangan semua pihak termasuk para dermawan yang tidak pernah lokek menyumbang. Bagi yang ingin turut serta bolehlah bersama menyumbang ke akaun:
Atau
BANK ISLAM
14014010096558
PAS BANDAR TUN RAZAK
Rujukan: Covid19 BTR
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh terus menghubungi:
017-3485670 – En Sajahan
013-3525134 – En Khairul Jefferi