Home Artikel PAS Kedah

Bubur Lambuk Dekatkan PAS Langkawi Dengan Masyarakat

130
SHARE

Oleh : ROZAIDI TAIB | 23 April 2021

LANGKAWI– Program edaran Bubur Lambuk oleh PAS kawasan Langkawi menjadi penghubung antara parti PAS bersama masyarakat di sana sepanjang Ramadan tahun inii.

Zubir Ahmad

Menurut Yang DiPertuanya, Zubir Ahmad, edaran bubur lambuk ini mensasar lokasi terpilih di Langkawi antaranya Bayas, Ulu Melaka, Kuah, Pulau Tuba dan lain-lain lokasi.

” Sebanyak 500 pek bubur disediakan secara gotong royong oleh ahli jawatankuasa PAS kawasan dan cawangan yang terlibat untuk diedarkan.” Katanya yang dihubungi melalui telefon petang tadi.

Tambahnya lagi, ” Kali ini PAS Cawangan Pulau Tuba buat julung kalinya mengadakan program ini dan Alhamdulillah masyarakat di sana amat menghargai usaha ini.”

” Di pekan Kuah kami akan membuat beberapa siri edaran lagi memandangkan di sana terdapat banyak pihak yang perlu disantuni termasuk anggota agensi Kerajaan.”

Beliau yang juga Ahli Majlis Bandaraya Langkawi menyatakan Program tahunan PAS Kawasan ini dibiayai melalui  sumbangan bahan mentah dan wang daripada penderma seluruh negara.

” Insya Allah, minggu hadapan kami akan mengadakan program yang sama di Bukit Malut dengan kerjasama cawangan di sana .”

” PAS Langkawi akan terus menyantuni masyarakat di Langkawi demi menyemarakkan sambutan Ramadan yang penuh Barakah ini” katanya mengakhiri perbualan.