Home Artikel PAS Kedah

Program Singgah Sahur Santuni Frontliners

167
SHARE

Oleh : ROZAIDI TAIB | 23 April 2021

SIK – Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman mengetuai delegasi program Singgah Sahur PAS kawasan Sik  bagi menyantuni golongan frontliners yang bertugas.

Program yang bermula seawal jam 3.30 pagi  ini telah mengagihkan bungkusan makanan dan minuman kepada anggota agensi yang bertugas antaranya ialah Polis, Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Hospital Sik.

 

Tujuan program ini dilakukan adalah untuk menghargai jasa serta penat lelah para petugas-petugas anggota polis, bomba serta kakitangan hospital yang setiap hari tanpa mengira waktu sanggup bersengkang mata mengerah keringat dalam memastikan keselamatan masyarakat awam dan Negara terjaga dengan elok dan selamat, di samping juga mengeratkan jalinan silaturrahim dengan PAS kawasan Sik.

Turut hadir sama dalam program tersebut, Tuan Haji Badrul Hisham Abdul Rahman, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah merangkap setiausaha PAS Kawasan Sik dan Ustaz Shahiful Nasir, Ketua Pemuda PAS Kawasan Sik serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Kawasan Sik.