Home Berita PAS Melaka

Bicara Istiqamah : Almarhum Ahmad Hasim | Pejuang Kental, Istiqamahnya Bersama PAS.

955
SHARE

Aku mengenali Almarhum sekitar tahun 2016, pada ketika itu aku baru mula berhijrah di Negeri Bersejarah ini.

Alhamdulillah, sepanjang permusafiran dan berkelana di negeri orang, ramai jumpa orang-orang baik, otai-otai PAS yang istiqamah dan di sini jugalah aku mencari rezeki mengutip sebanyak mungkin pengalaman khususnya jemaah.

Salah seorang ‘Otai PAS’ yang aku rapat dan kenali adalah Almarhum Ahmad Hasim sendiri. Perkenalan bermula ketika Almarhum ‘whatsApp’ aku untuk daftarkan anak lelakinya jadi sebahagian anggota Jabatan Amal Negeri Melaka.

Pada saat itulah, aku mula mengenali Almarhum. Menjadi sahabat di dalam Facebook. Dan banyak kenangan, gambar aktiviti-aktiviti jamaah, kami kongsi sama.

Setiap kali program besar di peringkat PAS Pusat, Himpunan dan lain-lain kami selalu bersama bermusafir beramai-ramai dalam satu bas yang mewakili Negeri Melaka. Ini tidak termasuk, program dalam negeri, memang jarang tak nampak Almarhum tidak hadir. Mesti hadir!

Ramai bertanya, apa sakit Almarhum. Almarhum sebenarnya menghidap sakit ‘gout’ yang bertahun lamanya, dalam keadaan berkerusi roda namum bukan alasan untuk tidak aktif dalam program-program jamaah. Allah, kasih dan sayang Almarhum kan dengan PAS. Hebat sungguh perjuangan Almarhum!

Terima kasih Cikgu Aida, isteri kepada Almarhum sentiasa ada bersama. Besar pahala Cikgu Aida, kesetiaan, sayang beliau kepada Almarhum ke mana sahaja program pun bersama. Isteri Almarhumlah yang selalu bawa sana sini, papah Almarhum ke tapak program. Salah satu keluarga haraki yang patut dicontohi.

Terima kasih Pakcik Ahmad, bagi inspirasi kepada kami selaku anak muda yang meneruskan perjuangan ini. Selalu bagi sokongan kepada Jabatan Amal Malaysia, dan berkhidmat sampai akhir hayat. Semangat kental Pakcik Ahmad ini akan kami ingati selalu, akan dikongsikan bersama buat sahabat-sahabat lain dan anak cucu kami, insya-Allah.

Sekali lagi, salam takziah buat keluarga. Moga tabah dan sabar dengan ujian. Pemergiaan Almarhum merupakan kehilangan besar buat kita semua khususnya di Negeri Melaka. Sebelum itu, 1 Syawal lepas, pemergian Naib Ketua Dewan Muslimat Negeri Melaka, Kak Fazilah Ismail.

Satu demi satu pejuang PAS istiqamah telah pergi meninggalkan kita kan. Allah, sedih memang sedih kehilangan mereka semua.

Akhir, saya dan sahabat lain menjadi saksi kehebatan dan semangat perjuangan Almarhum. Didoakan moga rohnya dicucuri rahmat Allah, dihimpunkan dalam kalangan orang beriman dan para syuhada’. Berehatlah sang pejuang Islam!

AL FATIHAH, Almarhum AHMAD HASIM.

Catatan :
Haniff Istiqamah
11 Jun 2020 / Melaka

Penulis adalah Penolong Editor Berita PAS Melaka, Lajnah Penerangan PAS Melaka.