Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (13 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

714
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 13 Jun.

Menurut laporan itu, terdapat dua kes baharu direkodkan di Melaka semalam di mana setiap satu kes berlaku di Mukim Bandar Melaka dan di Mukim Bukit Baru dengan kesemuanya melibatkan kes tempatan.

Laporan itu juga menyatakan terdapat dua kes sembuh baharu dilaporkan dengan setiap satu direkodkan di Mukim Alai dan di Mukim Sungai Udang Daerah Melaka Tengah.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan di Melaka semalam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 34 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 30

Kes baharu : 2
Kes sembuh baharu : 2
Kes sembuh (keseluruhan) : 213 orang
Sedang dirawat : 34 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Katil : 1
Bandar Melaka : 1 (kes baharu)
Bukit Baru : 1 (kes baharu)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 13 Jun.

Menurut KKM, terdapat 43 kes baharu dilaporkan semalam melibatkan lima kes import dan 38 kes penularan tempatan di mana 15 dari kes tempatan itu melibatkan warganegara sementara 23 kes lagi adalah dari bukan warganegara.

KKM juga memaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 120 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tambah KKM lagi, kes kematian ke-120 (kes ke-8403) itu merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berumur 96 tahun dan meninggal dunia pada 12 Jun baru-baru ini di rumah beliau.

KKM juga menjelaskan bahawa jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan saringan ujian COVID-19 didapati positif sementara punca jangkitan bagi kes ini masih dalam siasatan.

Sementara itu bagi kes kesembuhan pula, KKM melaporkan terdapat 143 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,311.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8445
Kes Baharu : 43
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1014
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 143
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 7311
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 120


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)