Home Artikel PAS Melaka

Berpecah merugikan Islam – YDP PAS Alor Gajah

252
SHARE

Oleh AL-ANSARI

ALOR GAJAH, 22 Apr : “Janganlah kita mengambil jalan untuk berpecah belah malah menjadi agen kepada golongan ini yang hanya akan merugikan jemaah dan Islam semata-mata.

“Islam menyuruh kita untuk bersatu supaya kuasa orang Islam bertambah kuat dan dapat menguntungkan Islam atas tujuan menyeru kepada makruf dan mencegah kepada kemungkaran.”

Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian ketika menghuraikan ayat Surah Al-Imran, ayat 105 dalam sesi temu bual oleh Wartawan Rakyat Melaka (WARM) selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih di PASTI At-Taqwa 1, Kampung Jelatang bersama ahli PAS di sekitar kawasan tersebut.

Tambah Ustaz Syahbudin lagi, PAS menentang sebarang jajaran politik baharu yang mana ini hanya merugikan Islam dan pada masa ini PAS perlu berperanan untuk membawa konsep Islah demi memantapkan hubungan dan kerjasama tiga serangkai utama parti Melayu/Pribumi iaitu PAS, BERSATU dan Umno bersama rakan-rakan sekutu yang lain.

“Sudah lupakah kita ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan selama 22 bulan yang hanya indah khabar dari rupa dan tidak mampu mengubah kelemahan pada kerajaan sebelumnya seperti yang dijanjikan malah banyak perkara yang berlaku yang merugikan Islam?

“PH berani membuat kenyataan yang mencabar kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, hak istimewa Bumiputera, dan beberapa asas dalam Perlembagaan yang lain dan ini semuanya berlaku sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke Putrajaya,” ujar beliau lagi.

Tegas Ustaz Syahbudin, dengan makna lain, perpecahan umat Islam hanya akan menguntungkan pihak musuh dan merugikan Islam secara keseluruhannya.

“Sebagai orang Islam yang mempunyai peribadi Muslim, wajib kepada kita untuk menyeru kepada makruf dan mencegah kepada kemungkaran.

“Kita tidak mahu segala sejarah kemungkaran berulang kembali daripada pentadbiran PH dan kita juga mesti membawa kepada kebaikan demi kesejahteraan negara.

“Oleh itu para ahli mestilah istiqamah bersama parti dan tidak ingkar dengan arahan pimpinan selagi mana tidak menyalahi syarak demi membantu usaha penyatuan Islam di Malaysia,” kata beliau lagi.

Ustaz Syahbudin menambah lagi, dalam masa yang sama selain memanfaatkan bulan Ramadan dengan ibadat khusus seperti solat dan membaca al-Quran, ahli PAS juga perlu lebih lagi turun padang membantu mereka yang terkesan oleh pandemik ini.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .