Home Artikel PAS Perak

Muslimat PAS Tambun Santuni Penjawat Awam

120
SHARE

Muslimat PAS Tambun Santuni Penjawat Awam
Oleh: Munirah Norazman

Tambun: 300 kotak kurma diedar ke pejabat-pejabat kerajaan di sekitar kawasan Tambun yang merangkumi DUN Manjoi dan DUN Hulu Kinta, semalam.

Program tersebut merupakan aktiviti tahunan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPK Tambun yang dipimpin, Khamisah Abdul Hamid dengan turut dibantu oleh muslimat cawangan-cawangan berdekatan.

“Setiap tahun kita santuni penjawat awam di kawasan Tambun apabila menjelang bulan Ramadan. Usaha ini memang wajar diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengeratkan silaturrahim dengan penjawat awam di Tambun ini,” jelas Khamisah.

Antara pejabat kerajaan yang terlibat adalah Balai Bomba Meru Raya, balai polis, klinik kesihatan, klinik desa di Manjoi dan Tambun serta Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Edaran yang dijalankan usai Zuhur itu turut disertai oleh Penyelia Pusat Khidmat DUN Manjoi, Ustaz Hafez Sabri serta wakil Pusat Khidmat DUN Hulu Kinta, Eddy Noor Abd Manan.

Takwim berbuka puasa dan imsak sepanjang Ramadan tahun ini turut diedar bersama ketika program sebagai panduan dan rujukan bagi semua penjawat awam yang terlibat.