Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan santuni mangsa kebakaran, serah bantuan awal

185
SHARE

Oleh : Wawa Athiyah Aziz

22 April 2021

PUTATAN : Putatan digemparkan dengan kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Sri Pandan, di sini petang semalam.

Dalam kejadian tersebut, 3 buah rumah telah musnah, dan seramai 22 orang hilang tempat tinggal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

PAS Putatan telah turun menyampaikan bantuan awal, edaran makanan berbuka puasa untuk semua mangsa kebakaran yang berkumpul di Surau Kg. Sri Pandan.

Malam tadi, Lajnah Kebajikan PAS Putatan menyampaikan bantuan awal kepada 4 buah keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Timbalan Yang Dipertua PAS Putatan, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin dan Naib Yang Dipertua, Haji Khairan Untoh turut hadir bagi menyampaikan bantuan serta memberi kata-kata semangat.

Bantuan berbentuk keperluan solat, selimut, bantal, tuala, makanan serta barangan keperluan diri adalah merupakan hasil sumbangan daripada orang ramai.

Sesi ziarah melibatkan dua lokasi, iaitu PPRT Serigai dan Pasir Putih. Buat sementara waktu, semua mangsa yang terlibat menumpang di rumah keluarga masing-masing.

Zulzaim ketika ditemui berkata, PAS Putatan sangat menghargai tindakan pantas pihak bomba bagi mengawal kebakaran serta berterima kasih atas keprihatinan para dermawan yang menyumbang untuk meringankan bebanan mangsa kebakaran Kg. Sri Pandan.