Home Berita PAS Kelantan

Berniaga ‘Online’ alternatif terbaik musim PKP

4
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
WAKAF BAHRU, 1 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bahru, YB Mohd Rosli Abdullah menasihati peniaga menjalankan urus niaga secara atas talian meneruskan perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Khidmat DUN Wakaf Bahru semalam. Beliau turut menyaran para peniaga lebih kreatif merancang bagi meningkatkan jualan sesuai dengan situasi semasa supaya perniagaan tidak banyak berdepan dengan masalah.
Berkaitan peruntukkan fasa kedua kepada usahawan kecil, beliau menjelaskan, permohonan sudah diterima dan sedang diselaraskan untuk disumbangkan kepada peniaga yang benar-benar terkesan.
“Keutamaan diberikan kepada para peniaga kecil yang tidak mempunyai premis dan lesen perniagaan memandangkan yang berlesen sudah mendapat bantuan daripada Kerajaan Pusat.
Proses ini dipantau rapi untuk memberi keadilan dan pembelaan sewajarnya kepada yang layak supaya bantuan tersebut terus sampai kepada yang berhak sahaja”, tegasnya.