Home Berita PAS Johor

Jangan salah guna bendera putih

119
SHARE

BENDERA PUTIH : JANGAN DISALAHGUNAKAN

Menaikkan bendera putih dengan tujuan untuk menarik perhatian bahawa ada orang yang terputus bekalan makanan dan kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19. Tindakan ini boleh juga dipandang dari sudut yang positif jika benar-benar tidak tahu mana tempat serta kepada siapa nak mengadu dan ini lebih baik dari mati kebuluran atau mati membunuh diri akibat berputus asa.

Walaupun di zaman teknologi komunikasi dan capaian maklumat kini hanya di hujung jari tidak dinafikan masih ada golongan yang masih tidak memiliki kemudahan ini terutamanya orang-orang tua atau mereka yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman. Bantuan untuk mereka ini mesti diumpamakan.

Namun, apa yang dikesalkan ialah jika menaikkan bendera putih kerana tujuan untuk memberi gambaran negatif seolah-olah kerajaan telah mengabaikan bantuan kepada rakyat dan tidak dinafikan ada beberapa kelemahan yang masih perlu diatasi.

Semua orang tahu sejak dari mula mengambil alih pentadbiran negara sehingga hari ini berbagai-bagai bantuan dan pelbagai agensi Kerajaan telah digerakkan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat dalam tempoh pandemik Covid-19 ini termasuk yang terbaru iaitu peruntukan sebanyak RM300 ribu kepada setiap orang Ahli Parlimen. Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan membantu rakyat.

Orang ramai disarankan agar segera dapatkan bantuan ini melalui pemimpin-pemimpin masyarakat di tempat masing-masing, manakala pihak yang dipertanggungjawabkan pula mesti bergerak secara cergas mengagihkan bantuan.

Jika kempen kibar bendera putih ini merupakan permainan politik pembangkang, ia sesuatu yang telah menempelak diri mereka sendiri kerana hasil tinjauan yang dibuat mendapati kibaran bendera putih lebih banyak kelihatan di Negeri Selangor, Penang dan Negeri Sembilan yang bawah pertadbiran pembangkang berbanding negeri-negeri lain dan paling kurang kelihatan di Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Di waktu negara dan rakyat sedang berdepan dengan susana sulit sekarang ini, bantuan dan sokongan yang diperlukan bukan bermain dengan politik murahan.

Apapun kami menasihatkan ‘bendera putih’ jangan disalahgunakan.

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

01 Julai 2021 | 20 Zulkaedah 2021

– ——————————————————————————–

IKLAN

“Salurkan sumbangan anda untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan”