Home Berita PAS Kelantan

Bengkel Penulisan Gaya Dewan dapat sambutan

310
SHARE


Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 2 Sept: Bengkel Penulisan Mengikut Format Gaya Dewan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) mendapat sambutan hangat daripada 276 peserta.

Program dilaksanakan secara atas talian selama empat jam bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang, hari ini.

Majoriti peserta terdiri daripada ahli akademik, editor, penulis kreatif dan deskriptif, serta mahasiswa berpuas hati dengan bimbingan mantan Editor dan Pengarah DBP cawangan Sabah, Jamaluddin Mohd Sulong yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang penyuntingan dan penerbitan.

Pengarah DBPWT, Mohd Azam Juhari bersyukur dan berterima kasih kepada semua peserta yang aktif berinteraksi dengan pembimbing untuk memantapkan kefahaman dalam aspek penulisan dan suntingan buku bermutu tinggi mengikut Gaya Dewan.

Beliau berharap perkongsian dan pendedahan teknik tersebut memberi peluang kepada para penulis Kelantan dan Terengganu untuk mempertingkatkan kemahiran penulisan kreatif dan deskriptif secara formal.

#BerkursusNormaBaharu
#KitaJagaKita
#UPKNcekapBertindak