Home Kenyataan Media PAS Melaka

Belasungkawa | Salam takziah keluarga Almarhum Tun Sakaran Dandai – PAS Melaka

141
SHARE

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Dikhabarkan pagi ini, Almarhum Tun Sakaran Dandai (Bekas TYT YDP Negeri Sabah) telah meninggal dunia.

Almarhum seorang tokoh yang tidak asing lagi khususnya di Negeri Sabah, YDP Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M.

Mewakili PAS Negeri Melaka, saya merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga. Semoga sabar dan tabah atas ujian yang berat ini.

Didoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

AL FATIHAH

DATUK USTAZ KAMARUDIN HAJI SIDEK
• Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
• Penasihat Agama YAB Ketua Menteri Melaka