Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Belanjawan 2021: Pembangkang Ketepi Kepentingan Rakyat dan Negara

453
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Belanjawan 2021: Pembangkang Ketepi Kepentingan Rakyat dan Negara

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dalam menzahirkan rasa penghargaan kepada semua ahli Dewan Rakyat yang telah bermuafakat bagi meluluskan Belanjawan 2021.

Seri Paduka Baginda dalam titah nasihatnya amat menekankan supaya ahli Parlimen memberikan sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kemaslahatan negara.

Namun, tindakan tidak wajar telah ditonjolkan oleh beberapa ahli Parlimen daripada pembangkang dengan menunjukkan sikap melanggar titah YDPA dalam suasana pengundian RUU Perbekalan 2021.

Tindakan tersebut jelas mengenepikan kepentingan rakyat dan negara dengan lebih mengutamakan kepentingan politik sempit mereka biarpun negara ketika ini sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

PAS menyeru kerjasama erat pemimpin negara dan rakyat supaya penularan gelombang ketiga wabak ini berjaya diurus dengan berkesan.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
27 November 2020 | 11 Rabiul Akhir 1442