Home Berita PAS Kelantan

Bekalan bantuan kepada penduduk di kawasan PKPD

103
SHARE
WAKAF BHARU, 20 Jun: YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad Yakob hari ini turun meninjau proses agihan bekalan bantuan kepada penduduk sekitar Kutan Tengah, Wakaf Bharu yang masih dalam tempoh pelaksanaan PKPD.
Proses agihan berjalan lancar dengan kerjasama bersepadu pelbagai agensi khususnya Pejabat Tanah Jajahan Tumpat, pihak keselamatan dan Pusat Khidmat DUN Pasir Pekan. Turut hadir YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Timbalan Menteri II MAFI yang juga Ahli Parlimen Tumpat dan pemimpin setempat.