Home Berita PAS Kelantan

BBC Kelantan sumbang sebulan elaun untuk Palestin

310
SHARE

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 17 Mei: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam suatu mesyuarat hari ini bersetuju membuat potongan elaun sebulan ahli-ahli untuk sumbangan bagi membantu rakyat Palestin.

Menurut Pengerusinya, YB Dato’ Hassan Mahamood, sumbangan ini sebagai menyatakan sokongan dan keprihatinan kita terhadap nasib rakyat Palestin yang menderita akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel.

Tambahnya, RM100 ribu pendahuluan daripada sumbangan tersebut akan diserahkan kepada YAB Menteri Besar pada minggu ini sebagaimana yang diumumkan iaitu sasaran sumbangan RM100 ribu dalam tempoh seminggu bertarikh akhir 19 Mei ini.

Dato’ Hassan turut merayu orang ramai supaya turut menyumbang meringankan derita yang ditanggung rakyat Palestin.