Home Berita PAS Kelantan

Bazar Siti Hawa, konsep baharu pertama di Malaysia

186
SHARE

KOTA BHARU, 4 April: Pembukaan Bazar Siti Hawa di Maydin Tunjong bakal memperkasakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam fasa pemulihan ekonomi ke dalam fasa endemik COVID-19 yang bermula pada 1 April.

Bazar yang berkonsepkan pasar di dalam pasaraya tersebut memberi keselesaan, selamat dan mesra pengunjung serta mempunyai pendingin hawa yang sudah pastinya menjadi sebuah pasar moden yang pertama di Malaysia.

Konsep itu direka khususnya bagi membantu peniaga tempatan atau IKS memasarkan produk tempatan mereka di dalam pasaraya ini seperti, tikar menkuang, keropok, laksa, pes, serondeng, dodol dan batik.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, disebabkan penyakit berjangkit COVID-19 yang berpanjangan, ia telah mempercepatkan peralihan fasa teknologi segala pembelian adalah melalui atas talian, kebanyakan pasar mulai tutup dan kosong,

“Bagi mengatasi hal tersebut, pelbagai kajian telah dilakukan dan penyelesaiannya ialah dengan membina satu pasar yang menggabungkan pelbagai aktiviti atau dalam bahasa kajian (‘Blend Space’).

Sebagai contoh, pusat membeli belah, tempat bersosial, tempat kerja dan berurusan, tempat makan, tempat bermain dan lain2,” katanya.

Justeru itu, Mydin Mall dengan kerjasama Multi Leaves Sdn Bhd membuka sebuah Bazar di tingkat 2, dijenamakan sebagai Bazar Siti Hawa.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman pada Sabtu lepas.

Dalam ucapannya, beliau berharap bazar ini akan menjadi ikon baharu kepada Kelantan, dan seterusnya menjadi pusat tumpuan yang wajib dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.

Terdahulu, MYDIN di Tunjong adalah pasaraya terbesar di Malaysia bersaiz 92903.04 meter persegi dan menerima sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung pada setiap minggu sejak pembukaannya secara rasminya pada 10 Mac lalu.