Home Berita PAS Kedah

Bazar Rakyat Pemuda Sejahtera jadi tumpuan penduduk

148
SHARE

POKOK SENA – Bazar Rakyat Pemuda Sejahtera anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) jadi tumpuan penduduk Tanjung Musang selepas menawarkan harga barangan dapur pada harga murah dan berbaloi.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid berkata tawaran barangan keperluan dapur dengan harga yang murah ini mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk.

“Sambutan sangat luar biasa, dalam masa dua jam semua barangan telah dijual”, katanya.

Tambahnya, jualan ini untuk membantu penduduk membeli barangan dibawah harga pasaran selain membantu meringankan mereka yang kurang berkemampuan.

“Tujuan utama program ini adalah untuk membantu rakyat bagi membeli barangan keperluan dapur rumah dengan potongan harga yang besar.

“Tahniah pengerusi Lajnah Ekonomi DPPNK, Ustaz Mohd Hanifi yang bertungkus-lumus bagi menjayakan projek ini dan insyaAllah kita akan teruskan di parlimen lain pula”, ujarnya.

Projek Bazaar Rakyat Pemuda Sejahtera ini adalah program anjuran bersama Lajnah Ekonomi DPPNK, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena, PKWR Adun Bukit Lada, PKWR Adun Bukit Pinang dan Masjid Al-Maarif Tanjung Musang.