Home Berita PAS Terengganu

Giliran warga emas Dun Ladang terima wang pencen

183
SHARE

KUALA TERENGGANU – Selepas beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu melaksanakan program pemberian pencen rakyat, kini Dun Ladang turut melakukan inisiatif sama melibatkan 308 orang warga emas yang layak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, pencen rakyat adalah salah satu daripada manifesto kerajaan Terengganu untuk membantu rakyat.

“Jika ada yang layak tetapi tidak menerimanya boleh datang ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) atau Pejabat Daerah untuk diselesaikan.

“Kalau kira pencen rakyat ini RM50 sebulan untuk seorang, tetapi kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.7 juta kepada seramai lebih 19,000 penerima untuk kali ini, ini adalah bantuan tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Dana Pencen Rakyat 2021 Peringkat DUN Ladang di Dewan Serbaguna, Bukit Kecil di sini kelmarin.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah (YPKT), Abdul Ghafar Mamat, Penghulu Kanan Mukim Bandar, Wan Abdul Halim Wan Yahya dan Penghulu Kanan Mukim Bukit Besar, Shaharuddin Ismail.

Sementara itu seorang penerima yang ditemui Lisa Lectumi @ Viji dari Jalan Kamaruddin gembira terpilih untuk menerima dana pencen rakyat.

“Ini dapat membantu meringankan sedikit beban, kerajaan selalu bantu rakyat, masa banjir hari tu pun saya dapat juga bantuan,” katanya.