Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Batalkan Lantikan Eric Paulsen

9071
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Batalkan Lantikan Eric Paulsen

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik penubuhan Majlis  Perundingan Komunikasi dan Multimedia oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang bertujuan untuk merangka dasar komunikasi dan multimedia yang berkesan.

PAS mendokong penuh sebarang usaha dan tindakan murni semua pihak yang selaras dengan kerangka dan asas Perlembagaan Persekutuan.

Berhubung penubuhan MPKM, PAS begitu terkejut dengan pelantikan Eric Paulsen sebagai salah seorang Ahli Majlis. Eric Paulsen adalah seorang peguam yang terkenal dengan sikap dan pandangan yang sangat sinis terhadap Islam dan perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam. Sikap dan tindakan beliau sangat jelas bertentangan dengan roh dan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana mungkin seorang yang begitu jelas menentang semangat Perlembagaan Persekutuan mampu memberikan input positif selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Sehingga kini Eric Paulsen masih belum kendur sentimen negatifnya terhadap Islam.

PAS menggesa supaya perlantikan Eric Paulsen ditarik balik dan diganti dengan individu yang lebih sesuai dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

PAS bersedia untuk berjumpa dan berbincang dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk mencari penyelesaian terbaik dalam isu ini demi kesejahteraan negara dibawah semangat kerajaan Perikatan Nasional.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
14 Jun 2020 | 22 Syawal 1441