Home Berita PAS Kelantan

Bantuan segera bencana ribut di Kelantan

121
SHARE

KOTA BHARU, 28 Jul: Sebanayk 863 buah rumah yang mengalami kerosakan akibat dilanda ribut di negeri ini mendapat bantuan segera dari kerajaan.

Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan dalam lawatan ke lokasi bencana menyatakan bahawa, bantuan kecemasan segera dan sedikit bantuan kewangan serta bantuan berbentuk peralatan akan dihulurkan.

Sebagaimana yang telah dilakukan di beberapa kawasan di Kelantan seperti Tanah Merah dan Dabong yang turut dilanda ribut, beliau berkata,  satu skuad akan dibentuk untuk menguruskan hal berkaitan bantuan segera dan baik pulih rumah yang akan dilakukan secara bersepadu.

Pihak Pejabat DUN dan parlimen akan bekerjasama dalam menguruskan hal berkaitan serta menyediakan keperluan membaiki rumah-rumah yang terlibat.

Ribut tersebut telah melanda sebahagian negeri Kelantan pada 19, 21, 23 dan 24 Julai lalu.

#BencanaRibut
#PrihatinRakyat
#KelantanBerkebajikan