Home Berita PAS Kelantan

Bantuan PKPD Kampung Lata Rek

88
SHARE

KUALA KRAI, 5 Sept: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff bersama ADUN Manek Urai, YB Mohd Fauzi Abdullah melakukan lawatan ke Kampung Lata Rek bagi meninjau perlaksanaan PKPD yang berkuatkuasa bermula 1 September sehingga 14 September 2021 yang melibatkan 3 lokaliti iaitu Lata Tual, Kubang Kerian & Tok Uban dengan jumlah rumah sebanyak 150 buah rumah.

Dalam lawatan tersebut,  Abdul Latiff serta Mohd Fauzi dengan dibantu oleh JKM, APM, Rela, PDRM dan TPenghulu telah menghantar bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan PKPD tersebut.

Menurut Abdul Latiff, bantuan kali ini disumbangkan melalui peruntukan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai.

Beliau turut berharap agar semua yang terlibat agar terus mematuhi SOP dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.