Home Berita PAS Sabah

PAS Sandakan giat gerakkan Program Agihan Pek Makanan

37
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
6 September 2021

SANDAKAN: PAS Sandakan giat menjalankan Program Agihan Pek Makanan bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan dalam keadaan Covid-19 semakin meningkat di daerah ini.

100 buah keluarga telah menerima manfaat menerusi program Agihan Pek Makanan yang diteruskan Ahad lalu di sekitar daerah Sandakan.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata, bantuan ini disalurkan hasil sumbangan orang ramai yang ingin berkongsi rezeki mereka kepada orang yang memerlukan di daerah ini.

Tambahnya, Sahar yang juga merupakan Pengerusi Tabung Bencana Covid-19 Negeri Sabah rayu agar lebih ramai lagi penyumbang bagi menjayakan program ini seterusnya dapat membantu lebih ramai warga Sandakan yang terjejas dengan pandemik ini.

“Untuk daerah Sandakan tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan bernombor 10043010001846, Bank Islam Malaysia Berhad,” kata Sahar.

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Sandakan, Ramlan Rahimin dan beberapa Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sandakan