Home Berita PAS Kedah

Bantuan PKOB daerah Yan

32
SHARE

SUNGAI LIMAU, 5 Julai : Setiap nama yang dihantar oleh penghulu, JPKK dan Pusat Khidmat DUN akan diselaras oleh PKOB inilah rutin harian di Pusat Kawalan Operasi Bencana bagi memenuhi SOP yang ditetapkan.Hari ini Ustaz Mohd Azam Abdul Samat turun bersama team sukarelawan PKOB daerah Yan bagi menyampaikan bakul makanan kepada pengadu.

PKOB juga sediakan talian khas unfuk sesiapa sahaja yang terputus bekalan untuk telefon dan berikan maklumat keperluan.

Kesediaan Ustaz Mohd Azam Abdul Samat selaku Adun Sungai Limau untuk turun sendiri kelapangan bagi meyantuni penduduk serta bertanya khabar serta mendapat terus aduan aduan atau keperluan segera yang boleh dibantu.

Sepanjang pergerakkan menghantar bantuan dibeberapa buah rumah, terdapat jiran mereka yang dilihat uzur, atau pernah dibantu beberapa waktu yang lama dahulu, sempat¬† bertanya khabar dan hulurkan bantuan walau pun tak tersenarai dalam list PKOB. Tetapi barangan daripada PKWR yang “sentiasa standby” dalam kereta Ustaz Mohd Azam sedikit sebanyak dapat membantu aktiviti hari ini.

Moga moga sifat kerajaan negeri Kedah yang sentiasa prihatin terhadap rakyat dan sentiasa menambah keperluan bakul makanan di PKOB, dapat dipertingkatkan lagi sepanjang PKP 3.0 dlilaksanakan.

Semoga Allah akan putuskan rantaian penyakit ini, dan permudahkan segala urusan kita semua. Semoga kesabaran yang sentiasa kita semat dalam diri diberikan ganjaran setimpal oleh Allah.