Home Berita PAS Perlis

ADUN Sanglang santuni mangsa ribut

66
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 6 Julai: Bencana ribut yang melanda beberapa buah kampung di Sanglang baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd. Shukri Ramli.

Ahad lepas, beliau bersama-sama dengan beberapa orang wakil daripada Yayasan Amal Malaysia (YAM) Cawangan Perlis dan petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sanglang telah turun padang menziarahi mangsa yang terlibat.

Kesemua mangsa yang ditemui turut menerima bantuan yang disumbangkan oleh YAM Perlis.

Mohd. Shukri dalam pada itu berkata, beliau bersyukur kerana bencana ribut berkenaan tidak mendatangkan sebarang kemalangan jiwa.

“Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perlis yang telah mengambil inisiatif menyediakan bantuan kepada para mangsa ribut pada hari ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, pada hari yang sama, beliau turut mengadakan ziarah kebajikan bertemu dengan penduduk yang terjejas sekitar Sanglang untuk menyerahkan bantuan Covid-19 DUN Sanglang.