Home Berita PAS Perlis

‘Tiada bendera pun kami bantu’

67
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 6 Julai: “Tiada bendera pun kami bantu, yang penting, maklumkan kepada kami agar kami dapat membantu anda.”

Demikian jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim yang ditemui sewaktu mengadakan lawatan ke beberapa buah kampung di sini semalam.

Menurutnya, mana-mana penduduk yang memerlukan bantuan hanya perlu memaklumkan kepada pihaknya (Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji) agar bantuan dapat terus diberikan.

“Saya faham, bukan semua orang mampu kibarkan bendera putih ni, ada yang sanggup, ada pula yang berasa malu tetapi yang sedihnya, ada pula yang mengambil kesempatan (kibarkan bendera) walaupun tidakpun terjejas.

“Jadi, kami di sini tidak menunggu sehingga ada penduduk yang mengibarkan bendera, barulah kami turun membantu.

“Alhamdulillah, PKWR Guar Sanji mendapat kerjasama yang amat baik daripada masyarakat setempat dalam mengenal pasti mereka yang benar-benar terkesan dan perlu diberikan bantuan.

“Hari ini sahaja, kami telahpun menyampaikan bantuan berupa hamper makanan dan barangan keperluan dapur kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini,” katanya.