Home Berita PAS Sarawak

Lantikan Ketua Muslimat PAS Cawangan Di Beting Maro

163
SHARE

OLEH : WANEE DONI

Beting Maro, 26 November 2021 – Seramai 12 orang muslimat telah dilantik dan menjawat jawatan sebagai Ketua Muslimat Cawangan(KMC) dan Timbalan Ketua di Kampung Beladin, Pusa dan Tambak dalam satu mesyuarat yang telah diadakan Jumaat lepas.

Dalam mesyuarat yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) Dayangku Huda Ahmad tersebut mengatakan program sebegini merupakan julung kali dibuat dalan menyusun dan merangka program bersama KMC yang baru di samping mengeratkan silaturrahim sesama sendiri.

“Ini merupakan kali pertama kita mengumpulkan dan bersua muka bersama Ketua Muslimat Cawangan yang terdiri daripada penduduk tempatan sendiri,” ujar beliau ketika ditemui.

Ketua Muslimat Kampung Tengah Beladin, Noriszawati Suhaili berkata bahawasanya beliau hendak melihat PAS membawa satu perubahan dan menjadi tunggak kerajaan yang lebih adil dan menekankan kebajikan rakyat setempat.

Tambah beliau lagi, pelbagai bantuan dan sumbangan yang selayaknya diberikan kepada mereka diputuskan begitu sahaja setelah mereka memberi sokongan kepada parti PAS.

Selain Noriszawati, antara Ketua Muslimat lain yang dilantik adalah Hajijah Daud(KMC Kampung Hulu Pusa), Elyya Hussien(KMC Kampung Tengah Pusa), Dina Nasir(KMC Kampung Hulu Tambak) dan Norhafizah Aie(KMC Kampung Hilir Beladin) dan turut hadir bersama adalah Ketua Muslimat PAS Batang Lupar, Mahani Mumtaz.