Home Berita PAS Kedah

Bantuan air segera dihantar ke Pantai Merdeka

93
SHARE

Oleh AMAL NABILA

PANTAI MERDEKA – ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim bersama Petugas Khidmat Malaysia Kawasan Sungai Petani segera turun ke Pantai Merdeka untuk menghantar bekalan air selepas mendapat aduan bekalan air terjejas, pada Sabtu.

Para petugas Khidmat Malaysia tiba di lokasi terjejas pada jam 10 malam dengan kekuatan dua lori dan tangki air besar serta 15 sukarelawan Khidmat Malaysia.

“Saya mengharapkan dengan bantuan segera dari Team Khidmat Malaysia Kawasan Sungai Petani ini dapat membantu dan mengurangkan beban penduduk kampung yang terjejas bekalan air di musim perayaan ini, sementara menanti bekalan air pulih,” ujarnya.

Katanya, hasil tinjauan di beberapa buah rumah didapati tekanan air mula terjejas terutamanya pada waktu siang manakala di kawasan bukit pula terus terputus bekalan air.

Jelasnya lagi, inisiatif ini diambil bagi membantu masyarakat mendapatkan air bersih walaupun ianya bersifat sementara.

“Aduan boleh dibuat secara atas talian di Page Pusat Khidmat Wakil Rakyat – N27 Pantai Merdeka,” katanya.