Home Berita PAS Kedah

Penat lelah JPKK dihargai

32
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

KUPANG – Penat lelah bekerja untuk rakyat diraikan dengan pemberian duit raya kepada 78 pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK), DUN Kupang.
Iniasitif kerajaan negeri Kedah itu disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang.

Najmi berkata, JPKK dalam komponen Perikatan Nasional ( PN) menerima sumbangan berkenaan.

“JPKK adalah salah satu tunjang kepada teguhnya sesebuah kerajaan negeri. Mereka mempunyai peranan cukup besar dalam hal urus tadbir kerajaan di peringkat komuniti.

“Justeru, sumbangan yang diberikan ini sebagai salah satu tanda ingatan daripada kerajaan negeri Kedah,” katanya.

Pada program itu, pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR) turut menyumbangkan beras pulut, kain pelikat dan barangan lain kepada semua penerima.

Turut hadir Penolong Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR) DUN Kupang, Hassan Saad.