Home Kenyataan Media PAS Melaka

Bantah iklan judi | Ameerah Masjid Tanah

176
SHARE

Kenyataan Media

KAMI Ameerah Masjid Tanah membantah sekeras-kerasnya video iklan Raya daripada GDBET333 yang tersebar di media sosial. Ia telah mencabar kemuliaan agama Islam di saat umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh barakah.

Video yang tular ini secara jelas mengajak umat Islam untuk terlibat dengan perjudian. Para pelakon pula dibarisi oleh anak muda dari kalangan orang Melayu lelaki dan perempuan. Ia jelas mempergunakan orang Melayu untuk keuntungan perniagaan mereka.

Justeru itu, kami Ameerah Masjid Tanah mengharapkan iklan ini ditarik balik dan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak segera. Semoga perkara ini tidak berulang lagi kelak.

MARYAM IMRAN
Ketua Ameerah
PAS Kawasan Masjid Tanah

#AmeerahMasjidTanah
#MuslimatMuda

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .