Home Berita PAS Kelantan

Bangunan baru MTM Panchor perlu sumbangan

1073
SHARE
PENGKALAN CHEPA:  Hampir RM500,000 masih diperlukan bagi menampung hutang kos pembinaan bangunan baru Madrasah Tarbiah Mardhiah (MTM) Panchor yang masih tertunggak.
Pembinaan yang melibatkan bangunan baru, kantin dan asrama lelaki itu bernilai keseluruhan RM1.5juta.
“Saya menyeru kepada mana-mana pihak yang sudi menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian serta menghubungi pihak sekolah,”ujar Adun Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Sementara itu, Bendahari PIBG sekolah berkenaan, Tuan Soh Raja Salleh berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia.
Katanya, sumbangan melalui cek boleh dibuat melalui atas nama Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah SMU (A) Tarbiah Mardhiah nombor akaun 03018010052085. -HARAKAHDAILY 26/2/2018