Home Artikel PAS Terengganu

Sing: “Suka tengok Tok Guru sihat”

1,611 views
SHARE

Marang- “Suka tengok Tok Guru sihat doh”, luah Sing.

Sing atau nama sebenarnya Leum See Ang@ Lim See Sing, 71,seorang yang berbangsa Cina, beragama Kristian dan penyokong setia PAS itu melahirkan rasa kegembiraan melihat Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah sihat dan kembali aktif.

“ Sing pun kena sihat ar sebab kena lawan Umno….nok perbetulkan apa yang tak betul dalam kerajaan”, sambut ahli Parlimen Marang itu.

Beliau yang juga ADUN Rhu Rendang itu telah menziarahi Sing pada khamis, 1 Mac, di rumahnya di Bukit Gasing di sini.

Dalam pertemuan yang penuh keceriaan itu, Sing yang menghidap ‘stroke’ sejak beberapa tahun yang lalu, turut didoakan Tuan Guru supaya boleh berjalan dan cepat sembuh dengan izin Allah.

Di dalam ziarah tersebut, turut disertai isteri Tuan Guru, Toh Puan Hajjah Zainab dan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang juga anak Tuan Guru, Ustaz Muhammad Khalil Abdul juga mengunjungi, As-Sabiqun Bukit Gasing, Abu Bakar Abdullah dan Yong Abdullah