Home Artikel PAS Johor

Bakri Persiap Tentera Cyber Dengan Kemahiran Asas Grafik Photoshop

1,136 views
SHARE

Bakri Persiap Tentera Cyber Dengan Kemahiran Asas Grafik Photoshop

BAKRI – 19 Mei 2019, Kita menghadapi perang siber dengan tersebarnya fitnah-fitnah tanpa sempadan halal dan halal bertujuan menjauhkan umat daripada Islam.

Kita bertanggungjawab menjadi bala tentera Allah menyebarkan Islam dan mempertahankannya walaupun diuji dengan cabaran dan serangan yang dahsyat oleh musuh-musuh yang bencikan Islam ditegakkan.

Demikian intipati ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika mengulas berkenaan peri pentingnya para jentera parti untuk memiliki kemahiran penguasaan media.

Menyambut baik hasrat itu, PAS Kawasan Bakri telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Photoshop yang telah diadakan selama sehari di Pejabat Dewan Pemuda Pas Kawasan Bakri khusus untuk Ajk Dewan atau Cawangan.

Bengkel yang dibawakan oleh Lajnah Teknologi Maklumat Media Baru & Penerangan ini telah disertai oleh 13 orang peserta dari pelbagai latarbelakang seperti usahawan, pendidik, surirumah dan pelajar.

Para peserta yang menghadiri bengkel tersebut telah memberikan maklum balas positif berkenaan bahan kursus yang diajarkan, bahkan mereka berharap agar bengkel susulan perlu diadakan lagi.

Menurut jurulatih bengkel Puan Fatimah, beliau berkata “Bengkel seperti ini menjadi satu peluang untuk kita sebarkan kebaikan dalam masyarakat melalui media yang ada”.
Ujarnya lagi, selepas menghadiri bengkel ini, para peserta hendaklah memanfaatkan ilmu yang dipelajari secara berterusan.

Di akhir majlis, Ustaz Kamalul Nizam Bin Suhut YDP Pas Kawasan Bakri telah menyampaikan ucapan penutup seterusnya menyampaikan cenderahati kepada Pn Fatimah dan Pn Normala. Setiap peserta pulang dengan sijil penyertaan dan tanggungjawab untuk menyebarkan lagi dakwah melalui media masa yang ada. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana menghadiri program ini.