Home Artikel PAS Johor

Akademi Tarbiyah DPPNJ Persiap Pemuda Dengan Pengisian

90 views
SHARE

PROGRAM BADAR KUBRA 1.0

Iskandar Puteri : Badar Kubra dan Nakbah merupakan peristiwa bersejarah umat Islam khususnya bagi penduduk Palestin.

Bagi memperingati kembali peristiwa ini,Akademi Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah mengadakan sebuah program Badar Kubra 1.0 bagi menyingkap semula sejarah yang berlaku dan menunjukkan kepedulian umat Islam kini sekaligus dapat meraikan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini bersama-sama.

Program dua hari yang telah diadakan pada 17 dan 18 Mei 2019 lalu bertempat di SRITI Ilmi Iskandar Puteri Johor Bharu ini berjaya mengumpulkan lebih 100 pemuda kawasan.

Menariknya, antara pengisian yang diadakan adalah seperti iftar jamaie, solat sunat terawih, wacana pemuda mengenai halatuju DPPNJ yang mana Ustaz Azlan Hj Alias (Naib Ketua DPPNJ) sebagai moderator serta dua orang panel hebat, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha Agung Dewan Pemuda Pas Malaysia) bersama dengan Ustaz Nawfal Dato’ Mahfodz (Ketua Pemuda DPPNJ) serta ceramah memperingati Badar Kubra dan Hari Nakbah’ yang telah dibentangkan oleh Ustaz Afnan Hamimi dan Ustaz Azlan Hj Alias.

Program dan pengisian ini telah disusun bagi mencapai beberapa objektif antaranya untuk mengeratkan ukhwah sesama pemuda PAS Negeri Johor,memperingati peperangan Badar Kubra dan Hari Nakbah dan Mewujudkan kesefahaman sesama ahli.

DPPNJ berharap program ini dapat mencapai objektif yang digariskan, dan bertambah kekuatan para ahli
Akademi Tarbiah Dewan Pemuda Pas Negeri Johor.