Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Baitul Maqdis teguh dipertahan

56
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Baitul Maqdis Teguh Dipertahan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam keras tindakan terkutuk rejim Zionis Israel menyerang umat Islam di Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah sehingga mencederakan ratusan rakyat Palestin.

Tentera penjajah sungguh biadab sehingga sanggup menyerang kaum ibu, kanak-kanak dan orang tua yang berada di dalam Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Bahkan bertindak membaling Al-Quran ke atas lantai dan memijaknya dengan kaki mereka.

PAS menggesa semua pihak dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan seluruh dunia Islam mengambil tindakan tegas dan bertindak membela mangsa kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel di bulan Ramadan yang suci ini.

PAS juga menyeru seluruh umat Islam bermunajat kepada Allah SWT agar dilimpahkan kesejahteraan buat saudara seagama kita disana sebagai tanda solidariti kita mempertahankan bumi Al-Quds.

Saban tahun kita mendengar serangan terkutuk rejim Zionis Israel dalam bulan Ramadan namun rakyat Palestin tidak pernah undur walau setapak sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW;

“Akan sentiasa wujud daripada umatku, sekumpulan yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walaupun dipinggirkan dan dirintangi kesusahan, melainkan semua itu hanyalah ujian, sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian”. Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
9 Mei 2021 | 27 Ramadan 1442