Home Berita PAS Kedah

‘Asnaf Barbershop’ produk terkini LZNK bantu Asnaf

285
SHARE

POKOK SENA – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus menggerakkan usaha memberdayakan golongan asnaf menerusi satu lagi produk terbarunya iaitu kedai gunting rambut ‘Asnaf Barbershop’.

Selepas pelancaran pertama di Masjid Al-Muttaqin, Jitra, terkini satu lagi cawangan Asnaf Barbershop telah disempurnakan perasmiaan pembukaannya untuk orang ramai di Masjid Bukit Payong, di sini semalam.

Mufti Kedah, Datuk Paduka Syeikh Fadzil Awang meluangkan masa menyerahkan kedai tersebut kepada penerimanya pada majlis ringkas turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman.

“Pak Hassan dah lama kerja sebagai tukang gunting rambut sampai sekarang. Kedai dia sebelum ni dhaif sangat. Kita dah minta Pak Hassan berehat di rumah sebab umur pun dah cecah 83 tahun. Nanti kita salurkan bantuan bulanan.

“Tapi Pak Hassan kata dia masih nak menggunting rambut. Isteri Pak Hassan pula dah tak mampu berjalan dengan baik sebab ada sakit lutut, saraf, darah tinggi, masalah pendengaran dan terpaksa menggunakan kerusi roda saja di rumah.

“Ada enam orang anak tapi semuanya kerja kampung, kerja kilang dan jual kuih. Jadi kita bincang dengan pihak masjid untuk tempatkan satu kontena bersaiz 10’X10′. Kita juga sediakan siap-siap dua set peralatan gunting rambut dan lain-lain.

“Lepas tu kita ambil seorang lagi asnaf untuk sama-sama cari rezeki dalam _barbershop_ ni,” ujar Syeikh Zakaria yang turut merakamkan penghargaan kepada para penyumbang dan pembayar zakat.