Home Artikel PAS Melaka

Sokong dan dukung kerajaan PN yang prihatin rakyat – Bakri

133
SHARE

Oleh IBNU JANIE

TANGGA BATU, 5 Mei : Rakyat dirayu agar terus memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbukti prihatin terhadap nasib rakyat.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PN Negeri Melaka, Bakri Jamaĺuddin ketika memberikan ucapan alu-aluan dalam program penyerahan Bakul Makanan Permai Melaka Prihatin, di Dewan Penjara Sungai Udang, di sini, pagi tadi.

Menurut beliau, pandemik Covid-19 ini bukan sahaja melibatkan kematian tetapi juga melibatkan ekonomi di mana ia menjejaskan pendapatan rakyat Malaysia.

“Ramai dalam kalangan kita atau anak-anak kita yang terpaksa berhenti kerja. Dan ada juga dalam kalangan peniaga-peniaga kecil pendapatan mereka terjejas disebabkan kurangnya pelanggan dan sebagainya.

“Oleh itu hari ini kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah-Nya, walau pun kita berhadapan dengan Covid-19 yang panjang, tetapi inilah kerajaan yang prihatin, tetap melihat ke bawah membantu rakyat tidak kira kaum, tidak kira bangsa, tidak kira agama,” ujar beliau.

Bakri yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu menambah, bahawa pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Walau pun dulu pernah berlaku (wabak) SARS tetapi tidak separah macam ini. Dan kita telah masuk hampir setahun lamanya (pandemik Covid-19).

“Walau pun begitu, kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana kerajaan Perikatan Nasional kerajaan yang prihatin rakyat.

“Berbagai-bagai pakej rangsangan dan bantuan diperturunkan kepada rakyat kerana kita tahu gerak nadi rakyat,” ujar beliau lagi yang juga merupakan penyelaras bagi program ini.

Program telah dirasmikan oleh Pengerusi PN Melaka yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Seramai 1160 orang dari kalangan B40 telah menerima bantuan ini dalam program pagi tadi melibatkan penduduk sekitar DUN Sungai Udang dan DUN Pantai Kundur.

Turut hadir ialah Setìausaha Kerja PN Negeri Melaka, Mohd Nazim Datuk Abdul Samad dan Setiausaha PAS Kawasan Tangga Batu, Haji Hassan Md Dahan.

Untuk rekod, program Bakul Makanan Permai ini adalah sebahagian daripada pakej dalam Program Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Januari awal tahun ini.

Program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM50 juta.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .