Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Sik rai ahli PERKIM, muallaf dan dhuafa

112
SHARE

SIK – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Sik telah menganjurkan Majlis Mahabbah Ramadhan di Dewan KEDA Agrobiz, Sungai Pau, di sini kelmarin.

Seramai 100 ahli PERKIM Daerah Sik termasuk 12 muallaf dan dhuafa telah diraikan pada majlis dirasmikan dan disampaikan tazkirah ‘Kasih Ramadhan’ oleh Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Hadir sama pada majlis ini adalah Setiausaha Kehormat PERKIM Negeri Kedah, Turedy Abdullah dan Yang Dipertua PERKIM Daerah Sik, Ismail Derasa bersama Ahli-ahli Jawatankuasa PERKIM Daerah Sik.

“Saya sangat bertuah dapat bertemu dengan guru yang telah mengajar saya ketika belajar di Madrasah Al-Infitah Al-Qairiah (Maktab Mahmud Sik), Cikgu Normah Hashim yang beliau juga adalah Jawatankuasa penggerak PERKIM Daerah Sik.

“Semoga PERKIM Daerah Sik akan terus bergerak aktif melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan dakwah untuk maslahah umat Islam di daerah Sik,” ujar Ahmad Tarmizi.

Beliau turut menyumbangkan 100 beg makanan persiapan Aidil Fitri dan sedikit wang saguhati kepada muallaf dan beberapa orang pesakit yang dhaif serta sumbangan kepada tabung pengurusan PERKIM.

Beliau berharap dengan sedikit sumbangan untuk aktiviti dan kelancaran gerak kerja PERKIM itu akan mengukuhkan ukhuwah ahli masyarakat dan NGO tersebut serta menceriakan Aidil Fitri mereka