Home Artikel PAS Johor

ARC Muar Siap Ke Fastaqim 2.5 JDT

127 views
SHARE

Oleh: Ibnu Ali CPP Muar

MUAR, 24 Februari 2018: ARC Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar bersama para pimpinan bersiap menuju ke Fastaqim 2.5 Johor Darul Ta’zim pagi ini.

Konvoi ini diketuai oleh Ketua ARC Muar saudara Fahmi bin Miswan disertai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar Ustaz MOhd Ridzuan Nazri, Yang Di Pertua PAS Kawasan Muar Tuan Haji Abdul Aziz Talib, serta Timbalan Yang di Pertua PAS Kawasan Muar yang juga Penyelia DUN Sungai Balang iaitu Tuan Haji Cheman Yusoh.

Mereka akan bergerak Fastaqim 2.5 JDT yang berlangsung di Padang Hj Salleh Ros di Parit Raja Sri Gading Batu Pahat dengan mengibarkan bendera-bendera PAS untuk menyatakan sokongan kepada PAS menjelang pilihanraya ke 14 nanti. Sekaligus melonjakkan semangat agar para amilin dan petugas PAS sentiasa bersiap sedia.

Ironinya konvoi ini berkumpul di Dewan Sarang Buaya Muar yang terpampang bendera dan logo UMNO. Sekali lagi PAS Muar berjaya memecahkan monopoli politik UMNO di kubu kuat mereka.